Duit masuk, tapi hujung bulan tetap merana sebab tak tahu ke mana pergi duit itu.
Ada duit lebihan, tapi takut nak melabur sebab risau dan hampir terjebak dengan skim cepat kaya yang janji bulan dan bintang.
Risau masa tua nanti tak cukup duit, tapi tak tahu berapa banyak yang perlu di simpan dari sekarang.
Nak kahwin, nak beli rumah, nak pergi haji, pendidikan anak-anak lagi, pening cukup ke tak ni?
Tak tahu perlindungan yang sedia ada cukup atau tidak.
Dah mula ada aset macam rumah, tanah atau simpanan pelaburan, tapi tak pernah fikir apa jadi pada aset tu kalau kita "tutup mata" tiba-tiba.
Licensed Financial Planner
Merupakan seorang Certified dan Licensed Financial Planner yang berlesen di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (eCMSRL/C4410/2025) sejak tahun 2025.
Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dan mempunyai lebih 13 tahun pengalaman dalam industri minyak dan gas.
Dalam bidang kewangan mempunyai lebih 8 tahun pengalaman dalam perdagangan saham. Gabungan pengalaman dalam bidang kejuruteraan dan kewangan membentuk perspektif yang lebih menyeluruh dalam membantu individu membuat keputusan kewangan yang lebih terancang dan berdasarkan keperluan mereka.
Menyediakan perkhidmatan perancangan kewangan kepada individu dan keluarga secara holistik dan objektif, berdasarkan matlamat, keperluan, kemampuan serta profil risiko pelanggan.
Cadangan kewangan diberikan berdasarkan keperluan pelanggan dan tidak terikat kepada mana-mana produk tertentu, dengan penekanan kepada ketelusan, pendidikan kewangan dan kepentingan pelanggan.
Perkhidmatan merangkumi perancangan aliran tunai, perlindungan, pelaburan, zakat, cukai, persaraan dan pengurusan pusaka.
💰
Perancangan Aliran Tunai
Bina asas kewangan yang kukuh dengan menguruskan pendapatan, perbelanjaan, simpanan dan hutang anda dengan berkesan
📊
Perancangan Pelaburan
Labur secara strategik dengan portfolio yang disesuaikan mengikut profil risiko dan matlamat anda
🦺
Pengurusan Risiko
Lindungi perkara yang paling penting dengan solusi perlindungan yang bijak dan sesuai untuk anda
🏠
Perancangan Harta Pusaka
Pastikan warisan anda terpelihara dan urus kebajikan orang tersayang anda dengan teratur
🎯
Perancangan Berasaskan Matlamat
Sama ada untuk membeli rumah idaman, membiayai pendidikan anak, atau bersara awal, kami bantu anda merancang dengan tujuan yang jelas
🧾
Perancangan Zakat & Cukai
Mengoptimumkan pengurusan cukai dan zakat melalui strategi yang bijak dan selaras dengan matlamat kewangan anda
Servis Perancangan Kewangan
“Pada mulanya, saya agak yakin dengan kemampuan saya untuk mengurus kewangan dan hutang sendiri. Namun, lama-kelamaan saya perasan simpanan saya semakin berkurangan, dan saya sendiri tidak faham di mana atau apa yang telah berlaku.
Semuanya berubah apabila saya berjumpa dengan Licensed Financial Planner, En. Rifdi. Selepas sesi Discovery bersama beliau, pengetahuan dan pandangan yang dikongsikan membuatkan saya terdorong untuk berbincang dengan lebih mendalam.
Selepas menjalani Financial Health Check, saya benar-benar terkejut apabila mengetahui bahawa beberapa tabiat kewangan yang saya anggap biasa dalam kehidupan seharian sebenarnya telah membawa saya semakin hampir kepada keadaan kewangan yang tidak stabil.
Kesedaran yang saya peroleh daripada sesi tersebut sememangnya menjadi titik permulaan kepada perjalanan pemulihan kewangan saya. Ia membuka mata saya terhadap perkara-perkara yang sebelum ini saya terlepas pandang dan memberi saya hala tuju yang lebih jelas tentang bagaimana untuk bergerak ke hadapan.
Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan En. Rifdi, dan saya berharap dapat mendapatkan panduan beliau lagi dalam meneruskan perjalanan saya ke arah keadaan kewangan yang lebih sihat dan stabil.
Encik Shafiq, Oil & Gas
Macam mana nak mula?
Daftar Sesi Discovery PERCUMA sekarang.